Suspek tikam isteri sebanyak dua kali angkara cemburu

Suspek tikam isteri sebanyak dua kali angkara cemburu

MAYAT mangsa dibawa dari Kampung Paku, Gua Ipoh ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah, Kelantan untuk bedah siasat.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Suspek kes bunuh di Kampung Paku, Gual Ipoh disini dipercayai menikam isterinya sebanyak dua kali selepas dipercayai angkara cemburu dan mendakwa wanita berkenaan mempunyai kekasih.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bertengkar dengan suspek sebelum ditikam dengan menggunakan sebilah pisau.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa telah ditikam sebanyak dua pada bahagian belakang badannya.

“Kejadian itu berlaku selepas suspek yang merupakan suami mangsa mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih. Lelaki itu dipercayai menikam bahagian belakang badan isterinya dengan dua tikaman.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan baru sahaja tiba di rumahnya dari Lembah Klang pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, seorang lelaki yang bertindak menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini, hari ini sempat mengambil salah seorang anaknya di sekolah sebelum menyerah diri kepada pihak polis.

Suspek berusia 63 tahun itu dilapor datang sendiri ke balai polis dan mengaku telah membunuh isterinya Mastura Abdullah, 40.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN