JASIN: Selepas hampir berputus asa untuk mencukupkan dana sebanyak RM185,000 bagi rawatan pemindahan hati anak mereka, sepasang suami isteri tidak menyangka memperoleh sumbangan secara tiba-tiba kelmarin. Mereka menerima sebanyak RM120,000 yang disumbangkan oleh Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh. Bapa kanak-kanak itu, Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, 24, berkata, sumbangan besar yang disampaikan malam kelmarin mengejutkan keluarganya ketika mereka hampir berputus…










