SPR akan adakan PRK isi kekosongan

SPR akan adakan pilihan raya kecil Lamaq

KHAIRUL SHAHRIL IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berikutan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November lalu.

Setiausahanya, Datuk Khai­rul Shahril Idrus berkata, PRK itu tetap diadakan walaupun Bung Moktar belum mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah.

“PRK tetap akan diadakan meskipun Allahyarham Bung Mok­tar belum sempat meng­angkat sumpah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam.

Pada PRN Sabah lalu, Bung Moktar yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam persaingan enam penjuru pada 29 November lalu.

DUN Lamag mempunyai seramai 13,859 pengundi berdaftar pada pilihan raya lalu dan merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Kinabata­ngan yang juga Bung Moktar adalah penyandangnya.

Sementara itu, BN dilihat berpeluang mempertahankan kerusi DUN Lamag sekiranya PRK diadakan.

Menurut penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Romzi Ationg, semua bergantung sama ada PRK akan diadakan atau kerusi tersebut akan kekal kosong sementara.

Beliau berkata, keputusan SPR dalam situasi ini boleh mengambil beberapa pendekatan seperti mengekalkan kemenangan kepada BN atau pilihan terbaik mengadakan pilihan raya kecil semula.

“Secara teori, pilihan raya kecil boleh dielakkan meman­dangkan Allahyarham Bung Mok­tar belum mengangkat sum­pah dan dalam sesetengah keadaan, calon yang memperoleh undi kedua tertinggi boleh dipertimbangkan, namun pilihan terbaik adalah mengadakan pilihan raya,” ujarnya.

Katanya, pengaruh Allahyarham Bung Moktar masih kuat dan faktor simpati kepada beliau dijangka meningkatkan majoriti BN.

Beliau menegaskan pemilihan calon yang tepat adalah penting bagi memastikan kemenangan sambil menamakan anak Allahyarham iaitu Naim Kurniawan, misalnya berpotensi menarik so­kongan pengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN