Russia hantar kanak-kanak Ukraine ke Korea Utara

Russia hantar kanak-kanak Ukraine ke Korea Utara

SEORANG lelaki memeluk anak-anaknya di lokasi serangan dron Russia di Kharkiv pada 23 November lalu, ketika pencerobohan Russia ke atas Ukraine.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia dilaporkan menghantar sebahagian daripada ribuan kanak-kanak Ukraine yang diculik dari wilayah diduduki ke Korea Utara untuk tujuan ‘indoktrinasi’.

Perkara itu didedahkan pegawai hak asasi manusia Ukraine, Dmytro Lubinets, tanpa menyatakan bilangan sebenar kanak-kanak yang dihantar ke Korea Utara.

Memetik keterangan yang diterbitkan kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Kyiv, Lubinets berkata, terdapat rangkaian 165 kem di Ukraine, Belarus, Russia dan Korea Utara, di mana Moscow cuba mendidik semula kanak-kanak tersebut.

Wakil dari Pusat Serantau untuk Hak Asasi Manusia (RCHR) melaporkan dalam keterangan kepada Senat Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kanak-kanak itu dihantar ke kem musim panas Songdowon di pantai timur Korea Utara.

Di sana, mereka diajar untuk memusnahkan tentera Jepun dan bertemu dengan vetera Korea yang bertanggungjawab merampas kapal perisik AS pada 1968.

Kerajaan Ukraine memaklumkan Russia menculik atau memindahkan secara paksa hampir 20,000 kanak-kanak sejak pencerobohan penuh pada 2022.

Russia mengaku memindahkan sebahagian kanak-kanak, tetapi mendakwa ia demi keselamatan mereka dan berusaha untuk menyatukan semula dengan keluarga, yang ditolak sepenuhnya oleh Ukraine.

Pada 2023, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Russia, Vladimir Putin, dan pesuruhjaya hak kanak-kanak Russia berhubung dakwaan pengusiran serta pemindahan kanak-kanak ke wilayah dikuasai Moscow.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN