Reman suspek bunuh isteri akibat cemburu disambung empat hari

Reman suspek bunuh isteri akibat cemburu disambung empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Tempoh tahanan reman suspek kes bunuh isteri kerana cemburu dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh yang berakhir hari ini disambung reman empat hari.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, lanjutan tahanan reman yang bermula esok hingga Khamis itu bertujuan melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Masih terdapat beberapa perkara yang perlu disiasat untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Kita akan tuduh suspek di mahkamah selepas siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang berusia 63 tahun itu ditahan reman enam hari bermula Selasa lalu hingga hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Utusan Malaysia 1 Disember lalu melaporkan, suspek kes bunuh di Kampung Paku, Gual Ipoh disini dipercayai menikam isterinya sebanyak dua kali selepas dipercayai angkara cemburu dan mendakwa wanita berkenaan mempunyai kekasih.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bertengkar dengan suspek sebelum ditikam dengan menggunakan sebilah pisau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN