Polis siasat pegawai narkotik cabul isteri tahanan dadah

Polis siasat pegawai narkotik cabul isteri tahanan dadah

MOHD. Yusof Mamat semasa sidang media selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pegawai narkotik disiasat selepas mencabul wanita di dalam sebuah kereta di Pasir Mas dekat sini minggu lalu.

Kejadian pukul 9 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun berjumpa dengan pegawai berkenaan selepas suaminya ditahan akibat kesalahan dadah.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pegawai yang ditahan itu berusia 30-an telah dibebaskan dengan jaminan polis buat sementara waktu.

Katanya, siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut masih dijalankan.

“Kita buka siasatan ini mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN