TUMPAT: Penduduk di Kampung Derdap, Pengkalan Kubor di sini kecewa selepas mendakwa Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok telah menyebabkan mereka berdepan masalah ‘banjir termenung’. Mereka juga bertindak menggantung kain rentang di laluan masuk ke kampung berkenaan bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terutama kepada pemimpin tempatan yang seolah-olah tidak peduli dengan tekanan dihadapi penduduk. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 60, berkata, dia berharap pemasangan kain rentang…










