Pinda Seksyen 377, masukkan unsur ‘niat’ untuk pendakwaan seks luar tabii

Pinda Seksyen 377, masukkan unsur ‘niat’ untuk pendakwaan seks luar tabii

AHMAD MARZUK SHAARY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peruntukan Seksyen 377 Kanun Keseksaan perlu dipinda bagi memastikan proses siasatan dan pendakwaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan terhadap individu yang disyaki terlibat dalam perlakuan hubungan seks luar tabii.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) berkata, pindaan perlu memasukkan elemen tambahan termasuk unsur niat bagi mengelakkan kelompongan dalam menilai tahap kesalahan serta memudahkan pihak pendakwaan mengklasifikasikan kes secara tepat.

Katanya, ketiadaan elemen niat dalam peruntukan sedia ada menyebabkan sesetengah kes sukar dibawa ke mahkamah kerana bergantung sepenuhnya kepada keadaan fizikal dan keterangan situasi ketika tangkapan dibuat.

“Saya menggesa kerajaan agar pindaan dibuat terhadap Seksyen 377 ini bagi memastikan tiada kelompongan undang-undang. Ini termasuk memasukkan elemen niat untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam seks luar tabii,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas keterbatasan polis yang tidak dapat meneruskan pendakwaan terhadap 171 lelaki warga tempatan selepas ditahan dalam serbuan aktiviti tidak bermoral di Chow Kit di sini kerana tiada seorang pun mengaku sebagai mangsa.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu menubuhkan jawatankuasa peringkat tinggi untuk mencari jalan agar pendakwaan dapat dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tangkapan baru-baru ini.

“Pihak berkuasa perlu mencari jalan untuk menentukan cara pendakwaan yang tepat. Ini termasuk mendakwa mereka di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan atau melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam.

“Langkah ini penting bagi memastikan isu sebegini dapat ditangani secara berkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN