PETALING JAYA: Operasi perkhidmatan tren MySawasdee bernombor 1004 dan 1005 ditangguhkan sementara berikutan keperluan pemeriksaan keselamatan pasca banjir serta kerja-kerja pembersihan dan baik pulih di kawasan yang belum stabil. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, pembatalan perjalanan melibatkan laluan dari KL Sentral ke Hat Yai dan laluan sebaliknya bermula dari 5 hingga 8 Disember dan 12 hingga 15 Disember ini. Pembatalan menjejaskan seramai 837 penumpang dengan 683 daripadanya belum membuat…










