SEPANG: Penduduk sekitar Kota Warisan di sini merayu agar kerja-kerja naik taraf jalan di persimpangan utama kawasan itu dipercepatkan. Perkara itu berikutan kesesakan trafik yang semakin teruk yang terpaksa dihadapi mereka sejak beberapa bulan lalu khususnya pada waktu puncak. Mereka mendakwa keadaan tersebut bukan sahaja menjejaskan rutin harian malah menambah tekanan kerana tiada laluan alternatif yang benar-benar mampu mengurangkan aliran kenderaan di kawasan terbabit. Pengguna tetap laluan berkenaan, Mohamad Yusri…











