JERANTUT: Hujan lebat sejak kelmarin meningkatkan paras Sungai Tembeling, mendorong penduduk Kampung Bantal di sini memasang tong dram sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi gelombang kedua banjir. Penduduk setempat menyatakan air Sungai Tembeling kini hampir mencecah tebing kampung berikutan curahan hujan berterusan dari sempadan Terengganu dan Jeram Perahu di sini. Bacaan rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Bantal pada pukul 8 pagi semalam menunjukkan paras air setinggi 105.30 meter, sekali…










