KUALA LUMPUR: Lebih 14,000 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara setiap tahun, menandakan budaya itu sudah berakar dan membahayakan keselamatan anak-anak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 menunjukkan 8.6 peratus pelajar berumur 13 hingga 17 tahun pernah menjadi mangsa. Kata beliau, kajian itu mendapati pelajar yang pernah menjadi…










