Nine Flix tawar era baharu penstriman dengan teknologi blockchain - Utusan Malaysia

Nine Flix tawar era baharu penstriman dengan teknologi blockchain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Merupakan satu-satunya platform berasaskan teknologi Blockchain pertama di Asia yang dibangunkan khusus untuk industri kreatif, Nine Flix bakal memberi satu pengalaman baharu bukan sahaja kepada bakal pelangganya tetapi juga buat penggiat seni.

Merupakan Produk terbaru keluaran United Nine Creative, antara kelainan perkhidmatan penstriman online ini juga adalah untuk memastikan semua karya seni yang ditayangkan melalui platform ini dilindungi hak cipta dan mendapat royalti secara automatik dan telus.

Menurut Pengarah Urusan United Nine Creative Sdn. Bhd., Datuk Mohd Rosdi Shair, aplikasi yang akan dilancarkan menjelang suku pertama tahun ini juga akan melibatkan kolaborasi Bersama rakan Kongsi di beberapa negara lain antaranya Indonesia, Thailand, dan Singapura.

‘Antara rancangan Nine Flix adalah untuk menubuhkan Akademi Kreatif Digital Nine Flix, yang akan berfungsi sebagai pusat latihan dan pembangunan bakat baharu dalam bidang penerbitan digital, penulisan skrip, serta pengurusan hak cipta menggunakan teknologi Blockchain.
‘Selain itu pihak kami juga dalam usaha membangunkan pasaran serantau yang melibatkan kolaborasi bersama rakan kongsi dari Indonesia, Thailand, dan Singapura bagi mewujudkan Asian Creative Blockchain Network (ACBN) yang juga satu rangkaian yang menghubungkan seluruh pemain industri kreatif Asia Tenggara,”katanya.

Sementara itu, United Nine Creative Sdn. Bhd., turut menjalinkan kerjasama bersama ,MBP Solution Sdn.Bhd yang akan membekalkan perkhidmatan sistem sokongan pembayaran pintar yang akan menjadi saluran dalam menerima bayaran, mengurus royalti, dan menjana keuntungan secara langsung daripada pengguna dan peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN