SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memberikan komitmen untuk terus mengawal penjualan dan penggunaan rokok elektronik (vape) di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia selaras pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang sedang dikuatkuasakan secara menyeluruh oleh pelbagai agensi penguatkuasa. Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri bersama agensi lain turut melaksanakan pemantauan komprehensif bagi membendung trend penggunaan vape terutama dalam kalangan remaja. “Akta 852 memberi…










