MPK bersih rumah penduduk terjejas banjir

MPK bersih rumah penduduk terjejas banjir

AFFENDI Rajini Kanth bersama kakitangan MPK membersihkan rumah mangsa banjir di Taman Bukit Kayangan, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak 28 rumah terjejas banjir dibersihkan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) diketuai Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth bersama ahli majlis serta 30 kakitangan pihak berkuasa tempatan itu.

Program pasca banjir itu bertujuan memberi bantuan khidmat masyarakat khususnya untuk kerja pembersihan rumah-rumah yang terjejas di seluruh negeri ini.

Affendi Rajini berkata, tumpuan kerja-kerja pembersihan itu membabitkan kediaman golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal selain rumah kakitangan.

Katanya, setakat ini, pembersihan melibatkan rumah di sekitar Kangar, Taman Bukit Kayangan, Kampung Behor Gonchar, Kampung Panggau, Kampung Belanga Pudak, Kampung Wang Kelian, Kampung Titi Tinggi dan Taman Seri Embun

“Tujuan program ini dilaksanakan untuk meringankan beban mangsa yang terjejas banjir khususnya membabitkan golongan warga emas, OKU dan ibu tunggal.

“Kita bergotong-royong bersama ahli majlis dan kakitangan mencuci rumah mangsa sekali gus memastikan kebersihan rumah dan selamat untuk didiami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, program pembersihan itu akan diteruskan bagi membantu mangsa yang rumah mereka terjejas teruk.

Sementara itu, mangsa banjir di Perlis terus menunjukkan penurunan kepada 299 di empat pusat pemindahan sementara (PPS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN