KUANTAN: Siaran muka hadapan Utusan Malaysia berhubung Belanjawan Pahang 2026, Sabtu lalu mendapat pujian apabila menampilkan gambar yang memperlihat semua wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, paparan itu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada liputan belanjawan malah menjadi satu penghormatan kepada institusi kerajaan negeri. “Saya lihat liputan akhbar kali ini cukup luar biasa kerana disiarkan di muka hadapan banyak…










