Kelantan Red Warriors 'ikat' penyerang Brazil

Kelantan Red Warriors ‘ikat’ penyerang Brazil

MUHAMAD Zaki Harun (dua kiri) bersama penyerang Brazil yang dibawa masuk bagi menambah sengat dibahagian jentera serangan KRW FC untuk mengharungi saingan Liga A1 Semi Pro-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) mengikat penyerang import kelahiran Brazil Wesley Leal Barnaske dalam usaha memperkasakan pasukan sekali gus memburu kedudukan terbaik dalam carta Liga A1 Semi Pro musim ini.

Presidennya Datuk Muhamad Zaki Harun berharap kehadiran pemain tinggi lampai itu mampu menambah sengat dibahagian serangan pasukan.

Katanya, beliau yakin Barnaske mampu membentuk gandingan ampuh bersama ayam tambatan Emmanual Mbraga.

“Alhamdulillah, pemain import yang dibawa masuk ini menepati citarasa pasukan. Ramai yang nak mewakili KRW FC tetapi bukan kata tak bagus, cuma kami lihat pada percaturan taktikal yang diterap oleh jurulatih,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengenalan Import Baharu dan Bas Rasmi Pasukan di Kampung Raja, Teluk Mesira, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, KRW FC akan membawa seorang lagi tonggak import bagi mengharungi saingan pusingan kedua nanti.

“Besar harapan kami untuk memberikan aksi terbaik dalam perlawanan akan datang. Jadi saya harap peminat dapat melihat apa usaha yang telah KRW FC lakukan ini.

“Datanglah memberikan sokongan padu kepada pasukan setiap kali kami beraksi,” ujarnya.

Muhammad Zaki memberitahu, KRW FC akan turut diperkuat dengan kehadiran sekurang-kurang pemain tempatan untuk mengharungi baki saingan liga selepas ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN