Junta Myanmar nafi bunuh orang awam dalam serangan hospital

Junta Myanmar nafi bunuh orang awam dalam serangan hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Junta Myanmar menafikan membunuh orang awam dalam serangan udara ke atas sebuah hospital yang mengorbankan lebih 30 nyawa.

Menurut dua petugas bantuan, sebuah jet tentera mengebom Hospital Besar Mrauk-U di barat negeri Rakhine, bersempadan dengan Bangladesh, pada Rabu lalu

“Mereka yang terbunuh atau cedera bukan orang awam, sebaliknya pengganas dan penyokong mereka,” menurut laporan dalam akhbar milik kerajaan, Global New Light of Myanmar (GNLM).

Pemerhati konflik berkata, junta pemerintah meningkatkan serangan udara dari tahun ke tahun sejak tercetusnya perang saudara di negara itu, selepas merampas kuasa pada 2021 yang menamatkan eksperimen demokrasi selama sedekad.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menuntut satu siasatan, sambil menyatakan serangan itu berkemungkinan merupakan jenayah perang.

“Petugas kesihatan dan pesakit terbunuh, manakala infrastruktur hospital mengalami kerosakan teruk, dengan bilik pembedahan dan wad utama pesakit musnah sepenuhnya,” kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menerusi X.

Negeri Rakhine hampir sepenuhnya berada di bawah kawalan Tentera Arakan (AA), sebuah kumpulan pemisah etnik minoriti yang sekian lama aktif sebelum tentera menggulingkan kerajaan awam pimpinan pemimpin demokratik, Aung San Suu Kyi.

Kumpulan pemisah itu dalam satu kenyataan berkata, 33 orang terbunuh dan 76 lagi cedera dalam serangan tersebut.

Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) turut bangkit menentang rampasan kuasa tentera yang berlaku empat tahun lalu.

Menurut GNLM, junta melaksanakan langkah keselamatan yang perlu dan melancarkan Operasi Membanteras Keganasan pada 10 Disember terhadap bangunan yang digunakan sebagai pangkalan oleh pengganas AA dan PDF.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN