PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus mempergiatkan usaha memerangi kenderaan perdagangan membawa lebih muatan bagi memastikan pemilik mematuhi standard keselamatan jalan raya. Penegasan ini dibuat berdasarkan laporan Kementerian Pengangkutan (MoT) sebanyak 153,904 kemalangan melibatkan jentera berat direkodkan bagi tempoh 2021 sehingga tahun lalu dengan sebahagian besarnya adalah kenderaan lori. Daripada jumlah itu, lori mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 138,770 manakala selebihnya iaitu 15,134 (bas). Menerusi operasi khas kenderaan perdagangan lebih…










