TOKYO: Kerajaan Jepun melaporkan 230 kes serangan beruang antara April dan November tahun ini, menurut data awal dikeluarkan pada Jumaat.
Angka bagi lapan bulan pertama tahun fiskal 2025 itu melebihi rekod tertinggi 219 orang bagi tempoh antara April 2023 hingga Mac 2024, menurut Kementerian Alam Sekitar.
Wilayah Akita mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 66 orang, manakala wilayah Iwate dan Fukushima masing-masing merekodkan 37 dan 24 mangsa.
Setakat November, 33 orang menjadi mangsa serangan beruang, termasuk seorang maut.
Sehingga 20 November, bilangan kematian akibat serangan beruang di seluruh negara turut mencatat rekod tertinggi iaitu 13 orang.- KYODO NEWS










