TOKYO: Kerajaan Jepun menganggarkan sehingga 199,000 orang berpotensi maut akibat tsunami besar susulan gempa bumi di sepanjang jajaran Jepundan Chishima.
Menurut Majlis Pengurusan Bencana Pusat kerajaan, tsunami berskala maksimum pernah berlaku di sepanjang jajaran tersebut pada selang masa kira-kira 300 hingga 400 tahun.
Kejadian paling terbaharu dipercayai berlaku pada abad ke-17, dan pakar berpendapat gempa bumi dan berskala maksimum kini hampir pasti berulang.
Majlis Pengurusan Bencana Pusat Jepun pada 2021 meramalkan bahawa tsunami berskala besar susulan gempa M9 di Jajaran Jepun atau Chishima berpotensi mengorbankan puluhan ribu nyawa.
Tsunami dijangka melanda sepanjang pantai Pasifik dari Hokkaido hingga Chiba pada malam lewat musim sejuk, apabila salji tebal boleh menyukarkan proses pemindahan.
Anggaran itu menyatakan 199,000 orang mungkin maut akibat gempa di Jajaran Jepun, manakala 100,000 orang berisiko maut akibat gempa di Jajaran Chishima.
Bahkan bagi mereka yang berjaya berpindah, kira-kira 42,000 berisiko maut akibat hipotermia selepas gempa Jajaran Jepun, manakala 22,000 berisiko selepas gempa Jajaran Chishima.
Bagaimanapun, majlis itu menegaskan jumlah kematian boleh dikurangkan sehingga 80 peratus dengan meningkatkan kesedaran pemindahan semasa tsunami.
Risiko hipotermia pula boleh hampir dielakkan melalui penyediaan pakaian dan peralatan pemanas untuk menghadapi cuaca sejuk.
“Penting untuk penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir tsunami untuk merancang cara pemindahan sekiranya kejadian berlaku pada musim sejuk.
“Kami menggesa penduduk menyediakan pakaian kalis air dan tahan sejuk, but musim sejuk, sarung tangan serta barangan lain supaya mereka boleh berpindah dengan persiapan yang betul,” ,” kata pakar bencana dari Kolej Kejururawatan Palang Merah Jepun, Hokkaido, Profesor Masahiro Nemoto.










