Jalan Pekan–Kuantan dekat UnIPSAS ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir - Utusan Malaysia

Jalan Pekan–Kuantan dekat UnIPSAS ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir

JALAN Kuantan-Pekan berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ditutup kepada semua kenderaan akibat ditenggelami air banjir sedalam 0.87 meter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Laluan utama di Jalan Pekan–Kuantan (FT003) berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ditutup kepada semua kenderaan bermula pukul 7.15 pagi hari ini selepas laluan itu ditenggelami air banjir sedalam 0.87 meter akibat limpahan Sungai Belat.

Menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan bersama Roadcare (M) Sdn. Bhd., ia melibatkan Seksyen 319, kawasan sepanjang 1.2 kilometer arah Kuantan dan Pekan.

Paras air di bahagian kiri jalan direkodkan setinggi 0.77 meter manakala di bahagian kanan mencecah 0.87 meter, melebihi tahap penutupan penuh laluan kepada semua jenis kenderaan.

Cuaca hujan berterusan menyebabkan arus deras dan air terus meningkat. Papan tanda amaran telah dipasang di lokasi bagi mengelakkan pengguna jalan raya terperangkap.

Sebagai alternatif, pengguna dinasihatkan menggunakan FT421 Jalan Putra (Jambatan Kedua Tanjung Lumpur) atau FT183 Jalan Padang Lalang–Tanjung Lumpur–Kampung Baharu.

JKR menegaskan laluan akan dibuka semula hanya selepas keadaan selamat dan paras air surut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN