KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sudah mengambil dan merekodkan percakapan seorang wanita yang didakwa ‘memadukan’ suaminya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, proses itu diadakan di Pejabat Agama Tanah Merah, hari ini/ “Keterangan ini bertujuan membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut. Sebaik sahaja proses itu selesai, kami akan teliti semua keterangan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi…










