HAT YAI, THAILAND: Hat Yai merupakan lokasi pelancongan popular apabila dikunjungi antara 100,000 sehingga 200,000 pelancong dari Malaysia setiap bulan. Kerancakan sektor pelancongan di wilayah itu menyaksikan anggaran RM4 bilion atau lebih duit rakyat Malaysia mengalir ke negara jiran itu sepanjang tahun. Bagaimanapun, banjir besar melanda selatan Thailand baru-baru ini khususnya Hat Yai yang disifatkan terburuk dalam tempoh 25 tahun menyaksikan lokasi pelancongan tersebut berdepan kemusnahan cukup dahsyat. Anggaran kerugian…










