Habib lancar bilik pameran pertama di Perlis - Utusan Malaysia

Habib lancar bilik pameran pertama di Perlis

PEMBUKAAN bilik pameran Habib yang ke-36 di Kangar Jaya Mall, Perlis, telah melengkapkan pengoperasian syarikat itu di seluruh negara. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jenama barangan kemas tempatan, Habib melancarkan bilik pameran terbaharu yang ke-36 di Kangar Jaya Mall di sini sekali gus melengkapkan pengoperasiannya di seluruh Malaysia.

Bilik pameran seluas 1,507 kaki persegi itu menampilkan konsep kontemporari yang memberi fokus kepada inovasi, reka bentuk moden dan pengalaman lebih eksklusif buat pelanggan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berkata, pembukaan bilik pameran baharu di negeri ini merupakan satu detik bersejarah berikutan melengkapkan kehadiran syarikat itu di seluruh negara.

“Kami berbesar hati dapat mendekati komuniti di Perlis dan membawakan pengalaman membeli belah lebih moden, selesa dan berinovasi,” katanya.

Menerusi pembukaan ini, pelanggan Habib turut berpeluang melihat secara dekat pelbagai koleksi yang dibawakan termasuk berlian dan batu permata istimewa dari seluruh negara seperti Paraiba (Brazil), Spinel (Burma) dan Tanzanit (Tanzania).

Meer berkata, pembukaan bilik pameran itu juga lebih istimewa berikutan berlangsung serentak dengan perasmian Kangar Jaya Mall.

“Habib juga sentiasa komited untuk menawarkan kualiti terbaik dan pengalaman berbeza buat pelanggan dengan jenama tempatan pilihan rakyat Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN