Genap 52 hari gencatan senjata, 356 rakyat Palestin terbunuh

Genap 52 hari gencatan senjata, 356 rakyat Palestin terbunuh

Israel dilaporkan telah membunuh lebih 1,030 rakyat Palestin, termasuk 233 kanak-kanak, sejak 7 Oktober 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari ke-52 sejak gencatan senjata menyaksikan seramai 356 rakyat Palestin di Gaza terbunuh, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 70,103 sejak pembunuhan besar-besaran itu bermula.

Serangan pengganas oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) dan peneroka di Tebing Barat yang diduduki terus meningkat dengan Israel dilaporkan telah membunuh lebih 1,030 rakyat Palestin, termasuk 233 kanak-kanak, sejak 7 Oktober 2023.

Menurut kenyataan media Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Negara Palestin, serangan ketenteraan harian, hukuman mati tanpa perbicaraan, penahanan besar-besaran, sekatan pergerakan serta serangan terhadap wartawan terus berlaku di wilayah itu.

“Meskipun gencatan senjata dilaksanakan dan semua tahanan Israel yang masih hidup dibebaskan, Israel didakwa terus melaksanakan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Dasar perobohan rumah dan perluasan penempatan haram turut diteruskan. Israel dilaporkan merobohkan lebih banyak rumah rakyat Palestin, memperdalam pengusiran paksa keluarga Palestin.

“Di kem pelarian Jenin, Israel merancang merobohkan 23 lagi rumah, manakala Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (UNOCHA) merekodkan 21 struktur milik Palestin dirobohkan dalam tempoh seminggu,” menurut kenyataan.

Sementara itu, saksi yang dikemukakan oleh ahli sejarah Jean-Pierre Filiu berkata, Israel turut menyokong perompak konvoi bantuan Gaza.

“Israel menyerang anggota keselamatan yang mengiringi konvoi bantuan, membolehkan pihak perompak merampas sejumlah besar makanan dan bekalan lain,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Israel dilaporkan meningkatkan penyiksaan dan penderaan teruk terhadap tahanan Palestin sejak Oktober 2023.

Testimoni mendedahkan wujud langkah-langkah hukuman yang tidak pernah berlaku sebelum ini, pengabaian perubatan, dan keadaan tidak berperikemanusiaan di penjara-penjara Israel.

Dalam perkembangan lain, reformasi Palestin dilaporkan terus bergerak maju dalam pelbagai sektor termasuk tadbir urus, keadilan, demokrasi, pilihan raya, pembangunan ekonomi dan transformasi digital bagi memperkukuhkan institusi negara serta kepercayaan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×