SEPANG: Bekas isteri kepada penyanyi popular, Nubhan Ahmad, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, mengakui meraih semangat dan motivasi untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal selepas mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan orang sekeliling. Menurut Dr. Fie, kekuatan itu hadir bukan sahaja daripada keluarga, malah sokongan rakan-rakan selebriti yang sentiasa memberikan nasihat dan dorongan sepanjang proses tersebut. “Alhamdulillah, ramai selebriti yang hubungi saya, antaranya Diana Danielle, Bella Astillah dan…










