Beri ruang Hajiji stabilkan politik Sabah

Beri ruang Hajiji stabilkan politik Sabah

JONISTON BANGKUAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Semua pihak khususnya penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diminta untuk beri ruang kepada kerajaan negeri diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk menstabilkan landskap politik Sabah.

ADUN GRS Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, sokongan padu daripada semua pihak amat penting demi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan negeri ketika ini didokong oleh parti tempatan iaitu UPKO, Star dan KDM serta calon-calon Bebas yang menang pada Pilihan Raya Negeri, sekali gus mencerminkan iltizam bersama untuk memacu kemajuan Sabah.

“Kita sandarkan keyakinan dan kepercayaan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Ketua Menteri dan kepimpinan GRS untuk memastikan GRS terus dominan dalam pentadbiran negeri supaya usaha memperjuangkan hak-hak Sabah dapat diteruskan dengan jayanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kestabilan politik adalah kunci kepada pelaksanaan dasar dan kerja untuk kebaikan rakyat.

Justeru itu, katanya, semua penyokong diminta memberi ruang kepada kerajaan agar dapat menjalankan mandat dengan berkesan dan segera.

Sebelum ini, beberapa ADUN dan pemimpin GRS tidak berpuas hati dengan keputusan Barisan Nasional (BN) menyertai Kabinet Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN