KANGAR: Kerajaan negeri fokus memacu pembangunan negeri secara holistik dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, penerapan nilai kebajikan, pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi secara mampan melalui Belanjawan Perlis 2026 yang memperuntukan sebanyak RM359.58 juta. Belanjawan bertema Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM57.20 juta berbanding 2025 dengan RM244.42 juta atau 68 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM115.16 juta diperuntukan untuk perbelanjaan pembangunan. Belanjawan 2026 dirangka dengan memfokuskan kepada…










