Bekerja untuk rakyat

Bekerja untuk rakyat

SULTAN Ibrahim berkenan menyaksikan (dari kiri) Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R.Ramanan; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup mengangkat sumpah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara, semalam. – JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ber­titah agar anggota Jemaah Menteri sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan inte­griti dan meng­utamakan kepenti­ngan rakyat.

Seri Paduka bertitah, ke­uta­maan kerajaan perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Titah Sultan Ibrahim, menteri dan timbalan menteri perlu be­kerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan pentadbiran negara berjalan cekap dan berkesan.

“Menteri dan timbalan menteri perlu sentiasa turun padang mendengar suara rakyat. Anda perlu menjalankan tanggungja­wab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Seri Paduka ber­kenan berangkat ke Istiadat Pengur­niaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia dan Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan baharu dilantik di Istana Negara.

Istiadat bermula dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta Majlis penandatangan dokumen rasmi pelantikan dan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Kabinet baharu Kerajaan Madani merupakan penerus

Menurutnya, kehendak rak­yat tidak boleh sekadar dizahirkan melalui ucapan atau kenyataan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada tindakan segera.

Anwar berkata, Kabinet dituntut membuat keputusan berani dan pantas bagi menangani isu-isu rakyat, selari dengan harapan tinggi yang diletakkan terhadap pentadbiran kerajaan.

“Setiap anggota Kabinet perlu memahami aspirasi dan nurani semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam Facebook beliau, semalam.

Menurutnya, kejayaan kerajaan bergantung kepada ke­upayaan menterjemah mandat rakyat kepada pelaksanaan dasar yang berkesan dan berintegriti.

Anwar turut mengingatkan semua menteri dan timbalan menteri supaya bekerja dengan penuh disiplin serta mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap keputusan.

Beliau berkata, Kabinet Ma­dani mesti memastikan setiap dasar dilaksanakan tanpa lengah dan benar-benar dirasai rakyat, selaras dengan amanah yang telah diberikan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×