Banjir semakin buruk apabila lebih 8,000 mangsa dipindahkan di Pahang - Utusan Malaysia

Banjir semakin buruk apabila lebih 8,000 mangsa dipindahkan di Pahang

JALAN Sungai Lembing (FT231) berhampiran Kilang Papan Sungai Charu di Kuantan, Pahang ditutup kepada semua kenderaan ekoran ditenggelami air banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa di Pahang terus meningkat melebihi 8,000 orang, memaksa 68 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah utama negeri ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 8,104 penduduk daripada 2,603 keluarga dipindahkan, berbanding 8,074 orang, pukul 4 pagi.

Kuantan daerah paling terjejas dengan 40 PPS menempatkan 6,499 mangsa daripada 2,134 keluarga. Maran, 15 PPS melibatkan 770 mangsa, manakala Pekan dan Rompin masing-masing menempatkan 502 dan 333 mangsa.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan, namun pihak berkuasa memberi amaran keadaan boleh berubah sekiranya hujan berterusan.

Secara kumulatif, sejak awal kejadian banjir, seramai 8,169 penduduk daripada 2,621 keluarga telah direkodkan sebagai terjejas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menegaskan pemantauan rapi sedang dijalankan dan menyeru orang ramai agar berwaspada serta segera berpindah ke PPS berhampiran jika diarahkan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN