Azman didakwa subahat terima suapan RM400,000

Azman didakwa subahat terima suapan RM400,000

AZMAN Nasrudin (tengah) selepas diikat jamin di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor bagi berdepan pertuduhan bersubahat menerima rasuah semalam. – UTUSAN / ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAH ALAM: Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Asuat Abu Bakar menerima rasuah berjumlah RM400,000 pada Jun 2020.

Pertuduhan itu berkaitan projek usaha sama ternakan lembu pedaging secara fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro di Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).
Beliau bagaiamanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Ammar Assuat dalam prosiding berasingan di mahkamah sama turut menyatakan pengakuan sama atas dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah berhubung projek berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Az­man, 53, didakwa bersubahat dengan Amar Asuat, 42, menerima wang berjumlah RM400,000 daripada seorang individu, Mohd. Hassanaim Fauzi sebagai dorongan membantunya mendapatkan projek usaha sama ternakan lembu pedaging secara fidlot tersebut.

Ia didakwa dilakukan hasil persubahatan bagi mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB mengeluarkan surat tawaran kepada Mohd. Hassanaim bagi projek tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dekat tepi jalan di Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada 23 Jun 2020 kira-kira pukul 5 petang.

Oleh itu, Azman dituduh di bawah Seksyen 28(1)(c) dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) 2009.

Ammar Asuat pula didakwa meminta suapan daripada Mohd. Hassanaim bagi projek tersebut pada 20 Jun 2020 dekat sebuah restoran di lokasi sama dan menerimanya pada tiga hari kemudian. Dia dituduh di bawah Seksyen 16(a) (A) akta sama.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 setiap seorang berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes terhadap Azman dan Ammar Asuat pada 13 dan 17 Januari depan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin sementara Azman diwakili peguam N. Surendran, Sasha Luna Abdul Latif, Nizamuddin Hamid, Shahid Adli dan Afiq Nordin sementara R. Yoganathan pula mewakili Ammar Asuat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×