PENDANG: Tiada yang diinginkan oleh sepasang suami isteri melainkan melihat anak kecil mereka yang kini menderita penyakit kanser yang menyebabkan kerosakan hatinya, dapat pulih seperti biasa. Namun, semua itu seakan-akan mustahil seandainya, Muhammad Arash Zulkarnain Mohamad Fariz Najdi, 3, gagal menjalani pembedahan pemindahan hati di Renji Hospital, Shanghai, China yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM185,000. Ibu kanak-kanak itu, Nor Syatirah Zairenor, 31, berkata, dana yang terkumpul setakat ini cuma RM2,000 walaupun…










