MACHANG: Seorang anggota maut manakala tiga lagi rakan cedera selepas trak lima tan yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Bukit Belah di sini petang tadi.
Dalam kejadian sekitar 6.50 petang itu, kesemua identiti mangsa yang terlibat termasuk maut masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun, lelaki yang merupakan pemandu kereta jenis Proton Wira itu mengalami kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba
Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 6.51 petang.
Katanya, setiba di lokasi bomba mendapati kemalangan melibatkan itu sebuah trak tentera dan kereta.
“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan empat anggota tentera dan satu orang awam. Pemeriksaan lanjut mendapati salah seorang daripada empat anggota tentera itu telah meninggal dunia di lokasi.
“Pemandu kereta Proton Wira itu telah tersepit dan mengalami kecederaan parah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Alfarra memberitahu, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hopsital untuk rawatan lanjut.-UTUSAN









