SHAH ALAM: Sebotol kecil air minuman ibarat segunung emas. Demikian perumpamaan yang dapat digambarkan oleh ribuan mangsa ribut tropika di Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia yang kini masih bergelut untuk kembali pulih selepas bencana banjir serta tanah runtuh. Malah, rata-rata penduduk Wilayah Aceh Utara, Bener Meriah, Aceh Tengah, Pidie Jaya dan Bireuen dilaporkan masih be rdepan masalah terputus bekalan air bersih, elektrik serta sumber makanan. Mereka masih mengharap bantuan dapat…










