KUALA LUMPUR: Sebanyak 60.7 peratus kanak-kanak di Malaysia atau kira-kira 5.4 juta orang memiliki peranti mereka sendiri manakala lebih 55.7 peratus menggunakan internet antara satu hingga empat jam sehari pada tahun lalu. Berdasarkan statistik terkini dikeluarkan Jabatan Perangkaan, Malaysia mempunyai 9.03 juta kanak-kanak di bawah umur 18 tahun iaitu 26.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini setakat November 2025. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat,…










