ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak merancang menyertai misi penstabilan antarabangsa untuk Gaza, atas alasan tiada kerangka jelas mengenai operasi dan tanggungjawab pasukan itu.
Penasihat Presiden, Anwar Gargash berkata, UAE tidak akan mempertimbangkan untuk menyertai tersebut selagi butiran pelaksanaannya belum diperincikan.
“UAE masih belum melihat sebarang kerangka yang jelas untuk pasukan kestabilan itu, dan dalam keadaan sedemikian, kemungkinan besar kami tidak akan menyertainya,” katanya semasa Forum Perbahasan Strategik Abu Dhabi, hari ini.
Pasukan antarabangsa yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat (AS) itu dilihat berpotensi merangkumi penyertaan tentera dari Mesir, Qatar dan Turkiye, selain UAE.
Minggu lalu, Presiden AS, Donald Trump menjangkakan pasukan tersebut akan berada di Gaza ‘tidak lama lagi’, ketika gencatan senjata rapuh masih bertahan selepas dua tahun peperangan.
UAE, negara kaya minyak itu, merupakan antara negara Arab yang menjalin hubungan diplomatik rasmi dengan Israel selepas menandatangani Perjanjian Abraham pada 2020, ketika penggal pertama Trump sebagai presiden.










