IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah krisis moral dan sosial di sekolah berlaku kerana ia dibiarkan berkembang tanpa pencegahan di peringkat awal. Titah baginda, peningkatan kes buli, keganasan, rogol dan pembunuhan dalam kalangan remaja bawah umur adalah petanda kegagalan sistem pendidikan membentuk nilai kemanusiaan serta jiwa insani. “Secara jujur dan ikhlas, kita hendaklah berani mengakui bahawa sel-sel barah yang telah membesar hingga ke tahap kritikal bermula dengan sel…







