Sawah di Perlis umpama lautan, pesawah tanggung rugi - Utusan Malaysia

Sawah di Perlis umpama lautan, pesawah tanggung rugi

SEORANG pesawah, Zamzuri Ishak menunjukkan bendang yang tenggelam sehingga paras pinggang dan sekitar kawasan sawah yang umpama lautan di Kampung Belat Batu, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Banjir besar yang melanda negeri ini menyaksikan kawasan sawah di Perlis tenggelam dengan pemandangan di bendang-bendang tersebut umpama lautan.

Di kawasan Arau terutama di Kampung Belat Batu, Telaga Haji Latif, Behor Mempelam, Changkat Jawi dan sekitar menyaksikan kawasan sawah dianggarkan seluas 1,298 hektar tenggelam sehingga paras pinggang.

Ia membabitkan 380 pesawah di kawasan berkenaan dengan nilai kerugian dimaklumkan oleh pesawah dianggar mencecah RM1.5 juta.

Di Perlis hujan masih berterusan dengan kebanyakan kawasan khususnya di Arau, Padang Besar masih digenangi air, manakala situasi Kangar semakin buruk dengan mangsa pula sudah melebihi 7,000.

Seorang pesawah, Zamzuri Ishak berkata, keadaan sawah yang tenggelam itu menyebabkan tanaman yang diusahakan sejak sebulan itu musnah sepenuhnya.

Katanya, selain di kawasan Arau, hampir kebanyakan kawasan bendang di seluruh negeri ini tenggelam ekoran banjir besar tersebut.

Justeru, dia dan pesawah berharap kerajaan negeri dapat membantu selain mengkaji semula untuk meninggikan jalan Tambun Tulang dari Guar Sanji sehingga Simpang Empat di sini.

“Jalan yang rendah menyebabkan limpahan air di sungai berkenaan menenggelamkan sawah setiap kali hujan lebat dan banjir.

“Banjir kali sangat besar menyebabkan kebanyakkan sawah tenggelam dengan anggaran kerugian 380 pesawah di kawasan sekitar Guar Sanji ini mencecah RM1.5 juta iaitu melibatkan kos awal dikeluarkan petani,” katanya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN