Saifuddin dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu petang ini

Saifuddin dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu petang ini

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan hadir memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pukul 2 petang ini.

Katanya, beliau tidak menerima sebarang notis penangguhan berhubung perkara tersebut, sekali gus  akan hadir menjalani proses yang ditetapkan parti itu.

“Saya hadir ke Lembaga Disiplin pukul 2 petang nanti.  Setakat ini tiada notis baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan akan dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu untuk siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Proses siasatan bersama Lembaga Disiplin itu akan diadakan di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN