Penduduk Felda Jengka 24, Wilayah Jengka diingat siap sedia hadapi banjir - Utusan Malaysia

Penduduk Felda Jengka 24, Wilayah Jengka diingat siap sedia hadapi banjir

RAZAK DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penduduk di kawasan tanah rancangan Felda Jengka 24 dan seluruh Wilayah Jengka diingatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan hujan lebat dan banjir berikutan musim tengkujuh ketika ini.

Pengerusi Biro Sosial dan Komuniti Felda Wilayah Jengka, Razak Daud pula berkata, antara langkah yang disarankan termasuk mengumpul dan menyimpan barang berharga serta dokumen-dokumen penting di tempat selamat.

“Penduduk juga disaran supaya memastikan bekalan makanan dan barangan keperluan asas mencukupi untuk tempoh tertentu.

“Orang ramai juga diminta segera melaporkan kepada pihak berkenaan sekiranya menghadapi masalah mendapatkan bantuan,” katanya di sini hari ini.

Razak yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 berkata, dalam keadaan banjir, orang ramai diingatkan agar tidak menghampiri punca elektrik dan mengelakkan aktiviti mandi di kawasan berarus deras, khususnya melibatkan kanak-kanak.

“Penduduk juga perlu sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan bersama.

“Marilah kita berdoa agar musibah banjir tidak berlaku di kawasan kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN