Pempengaruh Taiwan maut diklasifikasi bunuh, Namewee mungkin ditahan

Pempengaruh Taiwan maut diklasifikasi bunuh, Namewee mungkin ditahan

FADIL Marsus bercakap kepada pemberita selepas Program Pencegahan Jenayah anjuran bersama Institut Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan menyeluruh akan dilakukan polis terhadap kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan termasuk kemungkinan menahan penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan yang dilakukan sebagai kematian mengejut (SDR) sebelum ini telah diklasifikasi semula sebagai kes bunuh.

Katanya, ketika kejadian, Namewee, 42, turut berada dalam bilik sama di sebuah hotel di Jalan Conlay di sini.

“Kita (polis) akan mengambil semua sudut siasatan. Kita juga akan kaji balik semua pergerakan mangsa.

“Daripada siasatan, kita akan tengok sama individu terakhir bersama wanita itu suspek atau tidak,” katanya ketika ditemui media dalam Program Pencegahan Jenayah anjuran bersama Institut Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadil berkata, wanita berkenaan dilaporkan memasuki negara ini pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sepatutnya pulang ke negaranya pada 24 Oktober lalu.

“Mengikut tentatif, wanita itu tinggal di negara ini selama empat hari namun dia ditemukan maut pada 22 hari bulan,” jelasnya.

Ditanya punca kematian wanita itu, Fadil berkata, pihaknya masih lagi menunggu laporan bedah siasat dan juga toksikologi.

Fadil juga memohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung perkara ini sama-sama tampil membantu siasatan.

“Kita sudah pun memanggil beberapa individu termasuk kakitangan hotel, pihak keselamatan di lokasi kejadian.

“Orang awam sekiranya ada maklumat berkaitan dengan kes ini, sila tampil kepada pihak polis,” katanya.

Dalam kejadian pukul 1.40 tengah hari, 22 Oktober lalu, mangsa Hsieh Yun Hsin, pempengaruh Taiwan, ditemukan terbaring dalam tab mandi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN