PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan kegagalan 80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari, Saujana Putra, Puchong menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2025 berpunca daripada kegagalan pihak sekolah mendaftarkan mereka dalam sistem rasmi peperiksaan. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, semakan mendapati murid-murid terlibat tidak didaftarkan melalui Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) iaitu platform sah bagi pendaftaran calon UPKK. Katanya, siasatan lanjut bersama Jabatan Agama…










