PETALING JAYA: Pengarah dan penyanyi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sini bulan lalu. Namewee yang memuat naik status di Facebooknya berkata, dia baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru. Menurutnya, dia hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis dan memberi keterangan.…










