MIC tangguh sertai PN, Pas ambil sikap tunggu dan lihat - Utusan Malaysia

MIC tangguh sertai PN, Pas ambil sikap tunggu dan lihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mengambil sikap tunggu dan lihat selepas MIC menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam Barisan Nasional (BN) seterusnya menyertai Perikatan Nasional (PN).

Naib Presidennya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak dapat memberikan sebarang respon selepas MIC mengubah keputusan dalam masa singkat.

“Mula-mula nak keluar BN, lepas itu nak tangguh. Kita (Pas) tidak tahu apa keputusan mereka (MIC), jadi tunggu dan lihat sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dewan Belia Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam BN.

Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Jelas beliau, perwakilan setiap negeri berhak mengusulkan perkara tersebut, namun keputusannya perlu diteliti CWC terlebih dahulu.

Sekiranya usul keluar daripada BN terjadi, kata Vigneswaran, pihaknya terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti selain Perikatan Nasional (PN), berkemungkinan Pakatan Harapan (PH).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN