Mangsa banjir terus meningkat, cecah 37,000 orang

Mangsa banjir terus meningkat, cecah 37,000 orang

SERAMAI 198 orang mangsa terjejas banjir daripada 67 buah keluarga masih lagi ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Salak, Sepak, Selangor.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Situasi banjir di seluruh negara terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah mang­sa terjejas kini mencecah 37,328 orang hari ini berbanding 34,307 mangsa semalam

Kesemua mereka kini berada di 327 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di sembilan buah negeri terjejas iaitu Kelantan; Perlis; Perak; Selangor; Kedah; Terengganu; Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Menurut laporan situasi terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat pukul 6 pagi tadi, kesemua mangsa tersebut membabitkan 11,302 buah keluarga.

Katanya, trend keseluruhan menunjukkan peningkatan khususnya jumlah mangsa di Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Di Terengganu kini mencecah seramai 10,326 orang melibatkan 3,016 keluarga yang berlin­dung di 123 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Seramai 2,375 mangsa banjir di Pahang membabitkan 747 keluarga turut terkesan dan kini ditempatkan di 54 buah PPS.

“Mangsa banjir di Selangor turut meningkat kepada 4,139 orang membabitkan 1,133 keluarga yang ditempatkan di 31 PPS khususnya di Sepang, Kuala Selangor dan Kuala Langat,” katanya.

Selain itu, menurutnya, di Negeri Sembilan mangsa kini meningkat kepada 407 orang (152 keluarga) di empat daerah iaitu Port Dickson; Kuala Pilah, Seremban dan Rembau

“Bagaimanapun, beberapa negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Perak menunjukkan trend penurunan mangsa.

“Bencana banjir di seluruh negara setakat ini turut meragut dua nyawa di Kelantan pada 21 dan 26 November lalu,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN