Mangsa banjir Kelantan terus menurun

Mangsa banjir Kelantan terus menurun

BEBERAPA kawasan rendah di Rantau Panjang, Kelantan masih lagi ditenggelami banjir-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menurun apabila 3,330 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 5,451 pagi tadi.

InfoBencanaJKM setakat pukul 6 petang tadi memaklumkan Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang antara daerah yang masih terjejas.

Katanya, daerah Tumpat kekal menjadi kawasan paling teruk terjejas apabila 2,216 mangsa sedang berlindung di 7 buah PPS.

“Pasir Mas daerah kedua yang teruk terjejas iaitu seramai 790 mangsa berlindung lima PPS diikuti Tanah Merah (129), Kuala Krai (117) dan Machang (71),” katanya.

Sementara itu Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya walaupun air sudah mulai surut.

“Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai pula sudah melepasi paras bahaya. Sungai Galas di Lamau Kasturi, Gua Musang berada pada paras amaran.

“Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Semerak, Pasir Puteh pula paras berjaga-jaga. Lain-lain sungai di paras normal,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN