MAIK belum terima kes tipu nama masjid

MAIK belum terima kes tipu nama masjid

MOHD. ANIS HUSSIEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) belum pernah menerima sebarang aduan berkaitan penipuan atau ‘scam’ menggunakan masjid di negeri ini untuk mengutip derma.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Anis Hussien berkata,  beliau tidak menolak kemungkinan wujud usaha ke arah itu ada kerana sindiket penipuan sentiasa mencari ruang untuk mengambil kesempatan.

“Setakat duduk di MAIK, saya belum pernah terima kes scam guna nama masjid untuk mengutip derma dan sebagainya Maik sentiasa memberikan mendidik masyarakat menerusi program kesedaran supaya tidak mudah terpengaruh dengan ‘scammer’ ini,” kepada pemberita selepas merasmikan Program Let’s Do I.T 2025 di Masjid Jamek As-Salam Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mohd. Anis memberitahu, perkara tersebut menjadi sebahagian daripada khidmat sosial Maik kepada masyarakat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Anis berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana masjid yang gagal mengekalkan tahap kebersihan terutama di bahagian tandas dan kawasan persekitaran.

Katanya, hasil penilaian terkini yang dijalankan pada Julai lalu mendapati tahap kebersihan masjid di negeri ini semakin meningkat.

“Ia dapat menerusi pelaksanaan program penarafan bintang yang dijalankan dua tahun sekali. Sebanyak 29 masjid berjaya meraih penarafan lima bintang, manakala jumlah masjid yang berada di bawah tiga bintang semakin berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

“Penarafan ini dibuat berdasarkan beberapa aspek termasuk kebersihan tandas, kawasan luar dan dalam masjid. Dari situ, kita dapat melihat banyak peningkatan dari segi kebersihan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN