Lebih 150 maut akibat banjir di Selatan Thailand

Lebih 150 maut akibat banjir di Selatan Thailand

MAYAT mangsa banjir di Hat Yai dihantar ke Hospital Songklanagarind, Thailand untuk bedah siasat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI, THAILAND: Lebih 150 penduduk menjadi korban banjir besar yang melanda Selatan Thailand sejak 22 November lalu.

Jurucakap Pusat Operasi Kecemasan Banjir (FOCEC) Selatan Thailand, Siripong Angkasakulkiat berkata, daripada jumlah itu Wilayah Songkhla khususnya Hat Yai merekodkan korban tertinggi iaitu 120 orang setakat ini.

“Ia diikuti Nakhon Si Thammarat (9), Pattani (6), masing-masing lima kes di Satun dan Yala serta empat kes di Phatthalung dan Narathiwat.

“Setakat pagi tadi (29 November) jumlah kematian paling tinggi dicatat di Hat Yai dengan melibatkan lebih 120 kematian. Semua mayat kini ditempatkan di Hospital Songklanagarind di sini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Siripong berkata, pasukan tindak balas kecemasan dan pihak berkuasa masih meneruskan pencarian dengan tumpuan diberikan kepada kawasan paling teruk ditenggelami air.

Katanya, ketika ini operasi lebih tertumpu di Hat Yai kerana ia bandar yang paling ramai penduduk dan teruk terjejas.

Sementara itu, Penyelaras Hatyai SOS untuk pemindahan rakyat Malaysia, Tuwaedaniya Meringing berkata, seramai 6,222 rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir besar yang melanda bandar ini sejak 22 November lalu berjaya diselamatkan dari 200 lokasi dalam tempoh enam hari dan sebahagiannya telah kembali ke tanah air.

“Untuk hari pertama operasi 23 November lalu, seramai 520 mangsa telah berjaya diselamatkan menerusi pihak berkuasa tempatan dan pasukan dari Malaysia.

“Hari kedua pula seramai 787 orang diselamatkan, ketiga (25 November, 517 mangsa), keempat (26 November, 1,056 mang­sa), kelima (27 November 2,960 mangsa) dan semalam (382 mang­sa),” katanya. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN