KOTA BHARU: Kelantan Red Warriors (KRW FC) membuktikan mereka layak digelar jaguh apabila membelasah Kelantan WTS FC 6-0 pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.
KRW FC yang turun sebagai pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penggempur berbisa mereka Emmanual Mbraga seawal minit kedua.
Lapan minit berselang, Wan Muhammad Fazli Ghazali menjarakan kedudukan menjadi 2-0 selepas memanfaatkan hantaran Mbraga.
Iskandar Shah menambah derita Kelantan WTS FC apabila meledakan jaringan ketiga pasukannya pada minit ke-18.
KRW FC terus berpesta apabila
Mohd. Faiz Nasir meledakan gol keempat pasukannya pada minit ke-45 sekali gus menutup babak pertama perlawanan dengan kelebihan berpihak kepada skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim.
Bersambung babak kedua, ayam tambahan KRW FC Mbraga terus membuktikan ketajaman penyudah apabila jaringan kelima pada minit ke-59.
Iskandar Shah memadamkan api perjuangan pasukan tuan apabila meledakan jaringan keenam KRW FC pada minit ke-68 dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.-UTUSAN










